Posts

Ramadan kini bakal kembali

Bismillahirahmanirahim Kini Ramadan bakal kembali untuk tahun ini 2014,masa berlalu kian pantas...usia meniti hari.Kisah yang dulu datang bertaut di ingatan ku. Sesungguhnya nostalgia ramadan pelbagai cerita mengusik hati & perasaan.Ada yang lucu & sedih.Namun yang pasti sebagai ibu yang kini bermula episod rindu-rinduan dengan anak-anak yang jauh di mata.Najwa Nurzakirah gadis periang,aktif & kadang2 ku rasa gedik akan buat pertama kali kami tidak menyambut ramadan bersama kerana kini berada di mesir menuntut ilmu di sana.cetusan hatinya di blognya rasa rindu pada adik2 & takut tidak begitu kuat menghadapi kekuatan rasa sedih sebab rakan2nya satu 'batch'dgnnya kebanyakannnya balik bercuti selama tiga bulan.Semuga anak umi kuat & bersabar penuhilah masa dengan bertalaqi &menghadiri kuliah2 agama di sana. Untuk Mukhlis Zikri anak umi yang kedua,tahniah diucapkan kerana tercapai cita-cita untuk meneruskan pelajaran bidangyang diminati iaitu Sains Komputer...

Roti bun

Image
Produk terbaru 'Roti /bun'  dah berulang kali buat, alhamdulillah anak2 suka sangat lembut & gebus Sesuai sangat untuk majlis hari jadi atau apa saja majlis Antara yang menjadi kesukaan & pilihan ialah :- Roti 'sausage' Roti krim bersadur coklat Roti krim bersadur kacang Roti manis Roti keju /cheese Roti kacang merah/kaya Harga RM1.50 KE RM2.00 minimum order 50 pcs

Tat Nenas (bunga) & Congo Bar

Image
Bismillahirahmanirahim Cuaca di negara Malaysia, sekarang ini panas.Dah lama tak hujan.Tempoh hari bila atap berbunyi menandakan hujan turun cepat-cepat duduk kat 'sliding door', hati ini suka sangat bau air hujan, angin yang sepoi-sepoi bahasa meniup kain langsir....bestnya. bersyukur sangat2. Tetapi rupanya hujan sekejap, hanya lalu je. Itulah barangkali dugaan Allah hendak menguji hambanya, Peringatan darinya supaya sentiasa mengingatkan manusia supaya sentiasa bersyukur kepadanya & menunjukkan bahawa kekuasaannya adalah padanya jua Tat Nenas Bunga antara produk baru yang diperkenalkan , alhamdulillah mendapat sambutan menggalakkan, rupa-rupanya ramai peminat tat nenas bunga, perkongsian dari kenalan & pelanggan mengatakan mereka dah lama cari tat nenas bunga ini.  close up ! sikit Congo Bar Kini dah meletop-letop permintaan di An Najwa Home Bakers, banyak permintaan. kelebihan produk ini ialah # mengandungi kekacang kuaci # mengandungi ...

MAKARONI BAKAR

Image
Bismillahirahminirahim Assalamualaikum kepada sahabat-sahabat blogger atau fb yang mungkin mengikuti saya (perasanlah kut!). Sejak menempuhi peristiwa sedih kehilangan anak  bongsu baru-baru dan kini alhamdulillah saya telah pun selamat menempuhi alam berpantang tanpa ada 'baby' di sisi. Rasa takut pun ada, takut perasaan saya akan bergelodak dengan perasaan sedih yang teramat sangat namun suami sentiasa memberi sokongan & mengingatkan ujian Allah yang perlu dihadapi dengan redha & mengingatkan diri ini bahawa kadang-kala kita memikirkan sesuatu yang  berlaku pada diri tidak baik tetapi sebenar-benarnya Allah beri itu adalah yang terbaik. Kadang-kadang termenung juga di tingkap, memerhatikan kejadian Allah hati lebih suka memikirkan hubungan manusia dengan Allah dan bagaimana menjadi hamba allah yang solehah di muka buminya ini. Oleh itu saya berhasrat untuk menjadikan 'blog' ini sebagai cetusan isihati dalam bab kerohanian supaya dapat menjadi kenang...

Perkahwinan adik ipar- adik suami yang bongsu (sukri mohd nordin)

Image
Pada hari ini 14hb. Disember 2013 adalah hari Perkahwinan adik bongsu suami ku. Bermakna kenduri adalah terakhir untuk abah & emak meraikan perkahwinan anak-anaknya. Alhamdulillah majlis berjalan lancar, semangat membantu adik beradik dan seronok bersama-sama bersua kembali saudara mara.   Banyak perkara kami suami isteri belajar dari awal penyediaan sehinggalah hari kemuncak majlis tersebut. Walaupun belum masa lagi untuk kami menerima menantu, namun perbelanjaan untuk majlis ini menyebabkan kami kerap bersembang sebelum tidur bagaimanakah majlis perkahwinan anak-anak nanti dengan semua harga barang naik, tetamu-tetamu jemputan dan yang paling penting ialah majlis yang mendapat keberkatan daripada Allah swt   Mula terfikir dan rasa takut pun akan jodoh anak-anak. Sebagai ibu sentiasa berusaha mendidik anak-anak dalam suasana yang Islamik serta taat pada perintah Allah dan Rasul. Namun bagaimana nanti dengan Imam yang akan memimpin mereka   Namun sentiasa...

Kerinduan yang tak mampu ku bendung

Image
Naluri aku sebagai ibu, sesekali datang menerpa ke fikiran akan wajah si kecil yang begitu ayu tidur dengan tersenyum.Kerinduan yang teramat sangat kerana waktu di tunjukkan wajah si kecil, operasi pembedahan masih lagi berjalan.Itu yang membuat aku begitu terkilan kerana tidak berpeluang untuk mencium pipi lembutnya apatah lagi untuk memegangnya Esok paginya , pada jam 9.30pg suami datang menziarahi aku, tika itu ubat penahan sakit bius pembedahan semalam belum hilang lagi, jadi aku belum lagi merasakan kesakitan.Senyuman suami penawar bagi ku, walaupun aku tau dihatinya terguris seperti aku, namun genangan airmatanya menceritakan hati si ayah pada ku isterinya.Suami memberitahu kejap lagi akan diambil jenazah si kecil untuk segera dikebumikan di tanah perkuburan yang tidak jauh dari rumah kami.Aku kehairanan segera bertanya 'takkan abang datang seorang sahaja, nanti siapa yang nak memangku anak kita?".Suami ku segera menjawab"abang sengaja datang seorang supaya aban...

26 oct 2013 - Hari kelahiran anakku yang ketujuh

Image
Sebaik-baik perempuan adalah yang banyak keturunannya dan banyak kasih sayang pada suaminya - hadis Rasulullah saw   Sesuatu yang Allah pinjamkan pada kita buat seketika waktu, terimalah ia dengan hati yang redha kerana itu haknya mengambil kembali barang yang dipinjamnya itulah kata-kata suami untuk ku   Pergerakan bayi agak lemah pada pagi Sabtu 26hb. Okt 2013, aku mulai bimbang & timbul rasa takut. Aku mengadu pada suami, namun suami berkata insyaallah tak ada apa-apa, umi jangan bimbang nanti bp umi naik.Tetapi petang itu aku tak sedap hati segera mengajak suami ke Pusat Rawatan Islam Azzahrah, Bangi untuk cek nadi bayi.Sesampainya di sana, Dr melihat melalui scan ultrasound tak nampak nadi bayi.Hati ku berdebar-debar, sukar untuk menerima kenyataan. Aku tak menangis lagi namun bila suami menghampiri memandang wajahku, kami saling berpandangan mata, mulut membisu seribu bahasa. Suami memujuk terus pergi ke HUKM mungkin resultnya masih memberikan harapan....