Posts

Apam Bunga Warna-Warni

Image
Tempahan Oleh Puan Faridah Kanchil untuk Muslimat Masjid Sg Sekamat

Kek Cawan teman2 Najwa Nur Hajidah

Image

Rainbow Cake with Kit Kat & MM

Image
Rainbow Cake 8' x 8' Deco with Kit Kat & MM RM 170 Jzzk to Norman Sara

Kelas Kontinental Kek

Image
Antara kek yang dipelajari ialah  Chocholate Double Indulgence Cake Carrot & Walnut Cake Red Velvet Cake Pandan Layer Cake Blueberry Cheese Cake Rasa tak percaya bila cik2 Jurutera ini berminat pula nak belajar kek, banyak pula tu.Rupanya-rupanya mereka mempunyai perancangan masa depan yang sangat ke depan. Tahniah diucapkan kepada Cik Marthiah Hashim dan Cik Shida. Insyaallah pada awal tahun depan mereka akan membuka kafe & hotel bajet di Bandar Sri Iskandar, Utara Perak. Antara testimoni yang diberikan, kek-kek yang dibawa balik dihidangkan pada rakan-rakan. Kata rakan-rakan mereka tak percaya dengan hasil kek dari kerja tangan mereka sendiri & semua kek-keknya sedap2 belaka. Insyaallah mereka akan kembali untuk pelajari kek-kek yang terbaru dari AnNajwa Home Bakers Jzzk & semuga berjaya!

Biskut Raya 2013

Image
Kini syawal akan menjelang,  berikan hadiah biskut hari raya untuk keluarga tersayang tempahlah biskut raya anda dari kami supaya mereka yang tersayang ceria & gembira       Walaupun harga barangan bakeri meningkat ke 30% Namun kami memberikan harga yang sama seperti tahun lepas untuk sebahagian biskut terutama biskut yang mendapat tempahan terlaris pada setiap tahun 1.biskut tat nenas - rm25 2. choc chips (original) - rm22 3.biskut makmur - rm25 4.biskut cornflakes crackers -rm18 5.strawberry fingers -rm25 6.choc. cremeo -rm25 Hubungi Puan  Marsiah Hashim sms/whatapp 0178832497 Untuk mengelakkan perkara lepas berlaku lagi, pelanggan baru perlu membayar terlebih dahulu duit supaya kami tidak terkena pesanan LAST MINUTE CANCEL ORDER

Lagi dua minggu Ramadan menjelang

Image
Tahun-tahun sebelum ini biasanya bulan Rejab & Syaaban aku sibuk menyiapkan sample biskut raya & tempahan biskut raya untuk peminat2 biskut ku. Tapi kali ini hati ku berbelah bahagi nak buat ke tidak, nak buat ke tidak. Ikutkan hati memang nak buat tapi kudrat ini tak mampu. Bukan senang nak buat biskut raya ini perlukan ketekunan, kerajinan & kekuatan. Kadang-kadang tersengguk2 kerana terlalu mengantuk maklumlah bulan puasa, bila malam pula bertrawikh memang menjadi kewajipan pada ku, penat macamana pun aku tak mahu tertinggal menikmati bulan baik ini nak kejar duit, duit juga tapi akhirat pun kena kejar juga. Seusai bertrawikh kami anak beranak akan bertadarus, suami bertadarus di surau tapi kalau dia balik awal akan sambung bertadrus dengan kami di rumah. Bila suami ada ni yang tak sedap ni, aku selalu kena cubit dengan dia sebab tersengguk-sengguk mengaji...entah kemana-mana yang aku baca. Anak-anak banyak tolong cover sambungkan ayat yang patut aku baca, daripada ba...

Ramadhan 1434 /2013 M akan berkunjung lagi

Image
Di usia ku yang menjangkau ke 44 tahun kini, mudah-mudahan Allah mempertemukan aku dengan bulan Ramadan 1434H. Bersyukur sangat pada Allah swt kerana dikurniakan suami yang soleh yang sentiasa mengingatkan aku dalam apa jua perkara lebih-lebih lagi hubungan dengan Allah, anak-anak yang sentiasa ceria & sihat, walaupun kadang menguji ku dengan perangai keanak-anakkan mereka.Dan insyaallah sekiranya diizinkan Allah pada hujung bulan Disember akan dikurniakan 'baby' baru. Hasil dari solat hajat & doa anak-anak.Ish2! sampai solat hajat mereka ini punya nak adik baru, sampai siap pesan si Najwa Nur Hajidah pada sahabat baiknya yang menunaikan umrah pada cuti sekolah baru-baru ini disuruh mendoakan dapat adik lelaki. 'Ter mengandung' di usia begini banyak menguji ku erti kesabaran, kesakitan, kelelahan, keletihan.Allahlah tempat ku mengadu. Namun alhamdulillah, masuk bulan ketiga ini rasa mabuk-mabuk dah berkurangan. Aku dah boleh masak dan bau yang sebelum ini s...