Posts

Cake Chocholate Moist

Image
Ini adalah diantara tiga biji kek coklat moist yang diorder oleh Puan Solehah untuk majlis kenduri kahwin anak lelakinya. kek choc. moist disalut dengan badam bakar kek coklat moist yang ini special sikit sebab ianya dikukus jadi rasanya memang ummmph! sebab terlalu moist sangat!! close up! Kek Coklat Moist Bahan-bahannya 1 cawan serbuk koko 1 cawan gula pasir 1 cawan susu cair 1 cawan minyak masak (saya gantikan dengan butter cair lagi sedap) 1.2 cawan susu manis 1 and 1/4 cawan tepung gandum 1 tsp baking powder 1 tsp soda bikarbonate 3 biji telor cara Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan aduanan suam. Tepung, soda bikarbonat dan baking powder diayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dengan campuran koko tadi. Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti aduanan naik.(tuang 1/2 acuan je). Tutup acuan dengan aluminium foil a...

Biskut Suji Badam

Image
Alhamdulillah, semalam telah selamat menghantar order oleh Mak Mertua rakan baik & sebilik waktu di Mekah Puan Mariah. Makcik Solehah (ehh! samalah nama anak bongsu kita) order sebanyak 2500 biji biskut suji badam dan 150 biji coklat oreo edible image (gambar selamat pengantin baru).Tapi tak berhenti pula berdebar-debar nak menyiapkan tiga kek choc moist untuk tetamu pada hari perkahwinan 28hb.November 2010 nanti. Antara biskut suji yang akan dihantar Sebelum dibakar Kalau berminat nak order sebagai doorgift @ makan sekeluarga Harga 50 biji RM18 100 biji RM 35

Blueberry Cheese Tart

Image
Pastry 250gm butter (only used marjerin, cheese akan memuakkan, kalau pakai butter) 125gm icing sugar 1 egg 440g plain flour Filling 250gm philadelphia cheese (brand ni saya yakin halal) 60 gm gula castor 20gm butter 1 egg Blueberry jam cara-cara pukul butter & gula sehingga putih. letakkan telor. dah sebati letakkan tepong sikit2 sehingga tak lekat di besen.Ambil acuan, letakkan shortening (supaya tak melekat dibakar) baru letakkan pastry. Bekas tart yang telah dibakar tadi disejukkan. Letakkan filing & blueberry jam sikit dibahagian atas, kemudian dibakar menggunakan api atas selama 15 minit. Hidangkan panas2 memang sedap sangat.Bekas tart atau 'shell' boleh dibuat banyak dan disimpan dalam freezer bila tetamu datang boleh dihidangkan panas2. Kalau tak sempat nak buat boleh order dengan saya Besar - 1 biji - RM 1.50 kecil - 50 biji - RM 35.00

Tasbih dan Zikir

Image
Sebenarnya sejak kecil aku memang suka sangat masak.Tak tahulah kenapa, mungkin sebab aku anak yang sulung atau sebab aku 'perempuan melayu terakhir' kut (cewah!!! perasanlah pulok!).Aku ingat lagi kerana terlalu suka makan kek, sewaktu umur ku 9 tahun dah pandai masak kek sendiri tapi aku telah besarkan api hingga hangus menyebabkan emak aku melenting marah.Manataknya disebabkan hangus, aku sorang yang makan. Kelakornya!.Lepas form 3 hajat hati nak masuk sekolah vakasional nak ambil course bakery tapi entah mamat mana yang memang admire sakan kat aku bila dengar aku ambil borang terus dia pun terhegeh-hegeh sama (cerita lama, hubby ku sayang jangan jealous lak!) terus aku tak jadi.Lepas spm pula aku dapat offer bidang perhotelan di ITM (sekarang UITM) tapi arwah bapa aku tak bagi sebab takut nanti syubahat belajar hidang air arak ( wallahualam, aku pun tak tahu mana arwah bapa aku dapat sumber ini).Tapi sebagai anak yang tak mahu derhaka pada bapanya aku akur. At last sekarang...

Rendang Pedas Perak (Daging)

Image
Rendang Pedas ini kesukaan anak-anakku.Adikku kak ngah selalu puji katanya rendang yang aku masak sedap. Oleh kerana suka sangat masakan ku, kak ngah sanggup keluar duit belanja minta aku masakkan rendang ayam untuk 'open house' rumahnya hari raya aidil fitri baru-baru ini.Terima kasih, kak ngah tahun depan orderlah lagi dari yong ini, bolehlah simpan duit sikit-sikit hajat hati nak sangat buat umrah dengan kak ngah insyaallah. Yong doakan bisnes kak ngah akan lebih berjaya, dapat projek besar2.Bolehlah yong tumpang senang. Amin. Bahan-bahannya 1 kg daging 15 ulas bawang kecil merah 2 titik serai 2 inci halia 2 inci lengkuas 2 biji kelapa (diambil santan) 3 sudu besar kerisik 1 helai daun kunyit 4 sudu besar cili boh cara Daging dipotong kecil bawang merah, lengkuas, serai halia, cili boh diblender bersama hingga lumat Sediakan kuali yang sederhana besar, masukkan daging dan semua bahan yang diblender.Masukkan santan dan sedikit kunyit (untuk dapatkan warna menarik pada rendang...

Chocholate Oreo with Edible Image

Image
Hari ini, aku nak kongsi buat coklat dengan tampalan gambar edible image.Kos untuk buat coklat ini 'not bad' lah juga. tambahan pula lepas raya puasa ini semua barang dalam kedai bakery naik. coklat beryl's yang selalu aku beli harganya RM 11.50 tapi dah naik ke RM12.90. Ada juga yang guna jenama selbourn (kalau tak silap spellingnya) lagi mahal harganya tapi cepat beku kata kawan tak perlu masuk dalam fridge. Sebenarnya aku tak pernah attend course untuk buat choc.ini sebab kedekut duit kut, tak juga yang sebenarnya tak cukup modal.Boleh tahanlah harganya dalam rate RM250 tapi berbaloi-baloi banyak tips & ilmu coklat yang dipelajari. So untuk ibu2 seperti sahabat aku Azian Alias yang letih dengan rayuan anaknya kerana kempunan tak puas makan dengan choc yang dibelinya dari aku maka aku berkongsi resepi dengan anda semua. Berbelanjalah lebih sikit dan buatlah sendiri untuk anak2 dan suami supaya mereka akan ingat anda bila anda tua esok bahawa ibunya walau susah macaman...

Talam Cendol & Seri Muka Pandan

Image
Talam Cendol & Seri Muka Pandan 4 kotak kuih talam ini di order oleh sahabat niaga ku Fazlin yang tinggal di Jenaris, Kajang untuk tetamu kateringnya di TM Telekom.Thanks lin, Harga sekotak cuma RM25 ada 56 potong. Lemak dan sedap Pesanan boleh dibuat melalui email @ telefon terus 3 hari sebelum diambil.