Congo bar / brownies

Permintaan dari anak yang sulung untuk dihantar ke tempatnya belajar di Universiti Al Azhar Kaherah, Mesir Bila anak belajar jauh di zaman ini, alhamdulillah teknologi canggih dengan adanya 'smart phone', 'whatsapp' & 'skype' menjadi penghubung kami sekeluarga. Walaupun jauh di mata tetap dihati, walaupun boleh bercakap setiap saat dan hari tapi tak sama anak di depan mata. Apatah lagi anak perempuan, berada di bumi Mesir pula dengan sistem politik yang masih lagi tidak aman seperti sebelum ini. Namun doa setiap saat di berikan untuk si anak supaya dipermudahkan oleh Allah menuntut ilmu di bumi anbiya Congo bar menjadi tumpuan & penantian oleh rakan sebilik.Alhamdulillah telah selamat sampai, dibawa oleh rakannya juga. Itulah gunanya ukhwah persaudaraan sesama Islam saling bantu membantu. Mereka sangat 'enjoy' suka sesangat.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Perak (Daging)

Biskut Raya 2012