Tempahan selepas raya

Selamat Hari Raya tahun 2014
 
Kini syawal kembali setelah berpuasa selama sebulan. Paling menggemberikan anak-anak yang kecil,alhamdulillah mereka berpuasa penuh. Mengharungi layanan cetusan hati & perasaan mereka yang kelelahan mengharungi perit menahan lapar & dahaga kadang-kadang meruntun hati seorang ibu. Bersyukur sangat pada Allah swt, dikurniakan kesihatan & berbuat terbaik pada bulan Ramadan yang lalu.
 
Walaupun kepenatan yang teramat sangat menyiapkan tempahan biskut raya, namun kepuasan tak mampu terucapkan bila keuntungan yang diperolehi dapat dikongsi bersama orang yang tersayang serta mereka yang memerlukan. Memberi dengan hati yang benar-benar ikhlas, mendidik hati, jiwa & perasaan ikhlas & bersih kerana Allah swt. Perniagaan walau apa jua bidangnya , namun kalau tidak kuat, tabah, dalam mengharungi keperitan & kepenatannya bukanlah berniaga namanya. Dan berniaga ini bagi saya bukan sekadar menambah pendapatan &memmperoleh keuntungan tetapi juga bertujuan dapat memberi sama pada mereka yang memerlukan.
Itulah kepuasan saya sebenarnya
 
Terima kasih tidak terhingga kepada para pelanggan , ejen-ejen serta sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan sokongan kepada produk An Najwa Home Bakers
 
Untuk suami & anak-anak tersayang, terima kasih memahami 'passion' umi & menyokong umi Di bawah ini antara produk tempahan susulan dari pelanggan kami.
 
Semuga Allah memberkati anda semua
 
Congo Bar
jzzk kpd cik Noriza
 
 
Choc Moist Cake
10 x 10
Hadiah untuk program jamuan Hari Raya
 
 
Indulgence Cake
birthday cake
jzzk kpd Pn Sarimah & suami
 

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Perak (Daging)

Biskut Raya 2012