Perkahwinan adik ipar- adik suami yang bongsu (sukri mohd nordin)

Pada hari ini 14hb. Disember 2013 adalah hari Perkahwinan adik bongsu suami ku. Bermakna kenduri adalah terakhir untuk abah & emak meraikan perkahwinan anak-anaknya. Alhamdulillah majlis berjalan lancar, semangat membantu adik beradik dan seronok bersama-sama bersua kembali saudara mara.
 
Banyak perkara kami suami isteri belajar dari awal penyediaan sehinggalah hari kemuncak majlis tersebut. Walaupun belum masa lagi untuk kami menerima menantu, namun perbelanjaan untuk majlis ini menyebabkan kami kerap bersembang sebelum tidur bagaimanakah majlis perkahwinan anak-anak nanti dengan semua harga barang naik, tetamu-tetamu jemputan dan yang paling penting ialah majlis yang mendapat keberkatan daripada Allah swt
 
Mula terfikir dan rasa takut pun akan jodoh anak-anak. Sebagai ibu sentiasa berusaha mendidik anak-anak dalam suasana yang Islamik serta taat pada perintah Allah dan Rasul. Namun bagaimana nanti dengan Imam yang akan memimpin mereka
 
Namun sentiasa mengingatkan anak-anak supaya sentiasa berdoa pada Allah swt supaya mengurniakan suami yang soleh walaupun belum tiba masanya lagi.
 
"Wanita-wanita yang keji untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji (pula) dan wanita-wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik. dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi wanita yang baik (pula)
 
(an-nur ayat 26)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
200 pcs apam polkodot
200pcs apam bunga
4 kotak congo bar
 
Semua 'dessert' mendapat pujian dari tetamu terutamanya 'congo bar' paling laris macam goring pisang panas

Alhamdulillah walaupun baru habis pantang dapat jugalah disiapkan permintaan kakak ipar untuk majlis ini.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Perak (Daging)

Biskut Raya 2012