8hb, Oktober, 2013 - Najwa Nurzakirah melanjutkan pelajaran ke Mesir

 
Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup ku sekeluarga, terutamanya di saat menunggu kelahiran bayi baru ini. Simpati pada suami, yang terkejar ke sana-sini menguruskan rumahtangga & anak-anak kerana kesihatan ku yang tidak menentu. Suami banyak memberikan sokongan & belaian kasih sayang yang aku rasakan diriku ini bagai ditatang minyak yang penuh, dimanja bagaikan seorang puteri.
 
Mengandung dengan adanya 'hipertension' menyebabkan aku terpaksa makan ubat dengan jumlah dos yang tinggi , rehat yang banyak & persediaan mental yang sangat kuat. Walaubagaimanapun rasa bersyukur teramat sangat pada suami yang sentiasa memberi sokongan & anak-anak serta ibu, adik & kawan-kawan yang sentiasa mendoakan.
 
Simpati juga pada anak sulung ku Najwa Nurzakirah binti Mohd Tarmizi, aku tak berupaya mengadakan kenduri doa selamat seperti yang dirancang, semua tempahan catering, khemah & jemputan terpaksa suami batalkan melihat keadaan kesihatan ku.
 
Alhamdulillah, walaupun sakit & bimbang dengan keadaan diri ini, kesampaian juga untuk melihat anak sulung berlepas di KLIA menuju ke bumi Anbiya , Mesir bagi melanjutkan pelajaran ULUM Islamiyah di Uni. Al Azhar di sana.
 
Kepada Najwa Nurzakirah, Umi & ayah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk anak umi di sana, betulkan niat, belajarlah dengan bersungguh-sungguh. Semuga beroleh kejayaan & pulang dengan segulung ijazah & melebarkan dakwah Islamiyah di sini
 
 
 
 
 

Comments

Hambasolehah said…
insyaallah umi..my family are my shoulder when i fall

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Perak (Daging)

Biskut Raya 2012