Lagi dua minggu Ramadan menjelang

Tahun-tahun sebelum ini biasanya bulan Rejab & Syaaban aku sibuk menyiapkan sample biskut raya & tempahan biskut raya untuk peminat2 biskut ku. Tapi kali ini hati ku berbelah bahagi nak buat ke tidak, nak buat ke tidak. Ikutkan hati memang nak buat tapi kudrat ini tak mampu. Bukan senang nak buat biskut raya ini perlukan ketekunan, kerajinan & kekuatan.
Kadang-kadang tersengguk2 kerana terlalu mengantuk maklumlah bulan puasa, bila malam pula bertrawikh memang menjadi kewajipan pada ku, penat macamana pun aku tak mahu tertinggal menikmati bulan baik ini nak kejar duit, duit juga tapi akhirat pun kena kejar juga. Seusai bertrawikh kami anak beranak akan bertadarus, suami bertadarus di surau tapi kalau dia balik awal akan sambung bertadrus dengan kami di rumah. Bila suami ada ni yang tak sedap ni, aku selalu kena cubit dengan dia sebab tersengguk-sengguk mengaji...entah kemana-mana yang aku baca. Anak-anak banyak tolong cover sambungkan ayat yang patut aku baca, daripada baca salah & tonggang langgang, mereka baca pun laju. emaknya ini konon2 bertartil.
Tapi walau macamana pun biskut raya untuk aku, emak & mak mertua insyaallah aku akan buat, kawan-kawan atau pelanggan-pelanggan yang sedia tahu & sememangnya tiap-tiap tahun mengorder dari ku ini insyaallah aku tak akan menghampakan permintaan mereka. Pembantu sedia ada pun ada, apalagi kalau bukan anakku yang sulung Najwa Nurzakirah. Sebelum berangkat ke Mesir lepas raya ini insyaallah, kena banyak-banyaklah tolong umi awak ni kan.
Gambar biskut raya untuk tahun 2013 akan di uploadkan soooooon ya.
doakan ayu sihat.

Limau nipis tanam dalam pasu

Pokok ciku, buahnya puas lah juga kami sekeluarga merasa, tak padan dengan reneknya

 Pokok cempedak ini kalau berbuah bukan main lagi, bibik-bibik jiran rajin menegur buah ni itu yang bukan main lebat gamaknya, rasanya manis sangat & buah dalamnya besar  tapi dalam 6 /7 biji je, memang puaslah makan

Pokok mangga kesayangan suami, buah mangga ini rebutan kami anak beranak sebab ranum rasanya

 Pokok belimbing kesayangan ku, en hubby selalu dengki dengan pokok aku ni
sedap buat masak lemak cili api, apalagi letak dalam sambal belacan
sape nak datanglah ambil lebat buahnya ni

Buah longan kegilaan anak bongsu ku Nur Solehah, dia tak nampak buah ni kalau nampak habislah

Pokok bunga kertas pemberian jiran, buat muka tak malu minta saja nak warna-warna sikit halaman rumah

 En Hubby belikan pokok ini sebab nak warna2kan sikit asyik hijau je, dah lapan tahun ok lagi pokok ini\

Balik kampung cuti sekolah baru-baru ini 2 minggu, mati pokok limau kasturi ku

Terpaksa beli baru , nasib baik murah RM5 je.
Harap-harap suburlah lepas ini macam emak punya

Pokok kelapa pandan kesayangan en hubby, hampir 10 tahun kami menunggu ianya berbuah. akhirnya berbuah juga tahun ini. alhamdulillah. pokok kelapa pandan

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Perak (Daging)

Biskut Raya 2012