Posts

Showing posts from October 14, 2012

Cream Puff again

Image
Tak sangka sambutan menggalakkan dari kawan2 Najwa Nur Jannah Amboi! pandai anak umi promote dengan kawan, bawa bekal sambil promosi pulak! Adila - 30pcs Aishah - 20 pcs Sedap sangat kata mereka kalau banyak duit kitaorang nak order hari2 pun.... jzzk

Jadual Kelas DIY

Menu 1 Blueberry Cheese Tart Fruits Tart RM150 Menu 2 Cream Puff Enclair RM150 Menu 3 Red Velvet RM150 Menu 4 Indulgence Cake RM150 Menu 5 Carrot & Walnut Cake RM150 Menu 6 Basic Buttercream deko RM180 Menu 7 Talam Suji Talam Keladi Talam Seri Muka Pandan RM180

KELAS DIY

WHAT 'S THE MEANING OF DIY? D - DO I - IT Y - YOURSELF Dulu masa kecil2 selalu main masak-masak tapi masa main tu Ayu lebih suka jadi tukang jual...he he kenapa ye...entah mata duitan kut...tapi tak tahulah bila ada pertukaran jual beli rasa puas...patut pun sampai sekarang suka menjual. Untung sikit pun tak apa janji dapat jual...hmm patut tak kaya pun..tak apalah janji dah dapat pergi Mekah hasil titik peluh jual kuih pun alhamdulillah...so apa kaitan dengan DIY Kepuasan melakukan sendiri Ayu tunjuk macam mem student buat semua tapi tak lah bermaksud macam kuli kah! kah!senyum sorang2 shhh! abg sebelah dah berdengkur Kelas hanya dibuat weekday sahaja (sementara waktu) terpulang nak belajar sorang2 pun tak apa, bawa kawan pun tak apa tapi min. 4 shj deposit payment wajib (takut kena tipu) Langkah yang perlu dibuat : 1. menu pilihan 2. personal /group 3.tarikh 4. masa (call dulu untuk reconfirm) 5. deposit payment

Donation untuk Pembinaan Surau baru Taman Kasih

Hati berkobar-kobar dan bersemangat malam ini. Baru balik dari mesyuarat ajk muslimat (kaum ibu) di Taman Kasih, Sg. Sekamat, Kajang. Kami bersemangat untuk mengumpulkan dana bagi memperbaiki dan membaik pulih surau An Nur Taman Kasih agar dapat diperbesarkan dan lebih selesa untuk solat berjemaah. Maalumlah bila dah masuk 9 tahun kami bermastautin di sini bermakna anak-anak yang dulu dilahirkan di sini dah masuk gadis sunti manakala yang sunti dah mula remaja, surau pula masih lama sedangkan anak-anak makin membesar. Bulan puasa baru-barulah yang terasa sangat....kesesakannya . Fikir masak-masak ayu ingat nak buat kelas masak kat rumah lah. Sebahagian duit yuran ingat nak masuk dalam dana surau.Siapalah yang sudi nak belajar dengan Ayu ini. ramai juga kawan yang bertanya sebelum ini tapi rasa malu dan seganlah pula...maklumlah dapur tak  besar mana pun. Tetapi bila memikirkan nak masuk syurga juga dialu-alukan sesiapa yang sudi calling2 Ayu tau. Nanti malam ini nak buat solat hajat

Theme Garden with figurine

Image
Rasa teruja sebenarnya nak membuat figurine & bunga2 dari gumpaste.rasa enjoy tapi perlu banyak latihan terima kasih kepada sifu norbaini yang mengajar ilmu gumpaste ini dan kepada ita mahat yang sangat kreatif dalam idea kek cawannya inilah hasilnya tema garden  untuk makan2 sempena akhir tahun dorm Najwa Nur Hajidah untuk Tahun 1 (tingkatan 1) Terima kasih kepada kakak2 yang banyak membimbingnya merasai pengalaman berada di asrama