Selamat Hari Raya Aidil-Adha





Selamat Hari Raya Aidil-adha diucapkan kepada sahabat tersayang...tahun ini alhamdulillah dapat juga menunaikan korban tetapi bukan kat sinilah, hantar ke kemboja.Insyaallah tahun depan plan nak share dengan adik beradik...mesti meriah bila buat korban depan rumah he he he sedap tau makan daging baru ini manis. Tahun ini dapatlah sekilo setengah jiran bagi buat sup dengan goreng kunyit je makan nasi panas2 hussh! tak ingat orang belakang langsung.

Tahun ini anak yang sulung Najwa Nurzakirah akan menghadapi perjuangan terakhirnya di alam persekolahan iaitu SPM so tak balik kampunglah...kesian kat kakak tak boleh nak fokus study lak..tapi mak Ayu, Hajah Omi Kelsom pula yang plan dengan adik2 Marthiah , Marsita & Talhah raya kat rumah Ayu...terima kasih sudi datang ke rumah yong. Meriah rumah 2 hari raya penuh sedare mare datang sampai ke malam. Walaupun terasa kepenatan dengan Raya pertama Nasi Briyani dan Raya Kedua Nasi Ayam tapi seronok sangat tengok adik2 berkumpul sama di rumah ini.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Perak (Daging)

Biskut Raya 2012