BISKUT RAYA 2012 - PHOTO SHOOT KU


STRAWBERRY FINGERS
50 pcs
RM 25

Wow! bila dah siapkan biskut ini, budak2 kat rumah tak berhenti2 minta, pantang kalau dicakap ini bukan untuk jual saja nak bagi anak2 umi makan. Bia dah puas mereka makan, boleh tanya lagi. Biskut ini diadun dengan serbuk badam & perisa strawberry. Tapi membuatkan lebih sedap disalut dengan coklat putih Beryl's dan kelapa kering.





BISKUT CHOC. CHIPS CRACKERS (CHOC)
50 pcs
RM 20

Biskut ini kegemaran anak-anak ku. Ditimbunkan dengan coklat cip , badam flake serta perisa koko (serbuk koko) yang berkualiti. Kandungan Mentega @ butter yang not bad pricenya la ni. Amatlah rapuh & crunchy cakap orang putih. Sangat-sangat disukai oleh kanak2 tapi en hubby juga tak kurangnya. Malam2 sambil mengadap latopnya ngap-ngup en hubby mengunyah. tapi heran juga tak gemuk2. Yang duk kat dapur ni jugalah yang makin mengembang.




CHOC. CHIPS ORIGINAL
50 pcs
RM 20

Ini adalah resepi turun temurun salah silah keluarga kami yang duk di kg Cherok, Kuala Kangsar. Mula-mula diperkenal oleh adik bongsu saya Ita Ketot (he he kami gelar dia sebab memang ketot) tapi dengkilah juga coz, dia slim kami 2 beradik anak2 Hashim & Hajah Omi Kelsom jugalah yang makin mengembang. Sejak diperkenalkan entah dari majalah mana Cik Ita ni dapat, dihidangkan di Hari Raya dapat pujianlah dari kakak-kakak sepupu kerana kekkeCrunchyan nya (salah bahasa ini, nanti dbp saman) dan keenakkan. maka bertahun2 setiap kali raya wajib ada di rumah kami. Alhamdulillah, kini adik2 ipar lah pula menunggu2 kalau balik beraya biskut inilah mereka tanya dulu.


TAT NENAS
50 - 55 pcs
RM25

Dulu masa kecik2 tak pandang pun biskut ini, langsung tak suka. Tapi kini pelik pula bila anak2 merayu2 kalau biskut ini sebaik keluar je dari oven. Sedap sangat ke kuih umi ini? tanya pada anak2. Mestilah sedap, kuih umi buat semua sedap, kata Nur Jannah. 'Amboi, pandainya Jannah ambil hati Umi' kata ku. ' Alah! Jannah tu semua sedap, sebab itu dia gemuk" sahut yang si bongsu Nur Solehah. Hmmm! ketawa tengok telatah anak2, tapi itulah kenyataan telus dari isi hati mereka. Begitu jugalah kata pelanggan2 yang memang setiap tahun tak pernah miss...intinya yang rahsianya. Kenapa ya! sebab dimasak sendiri & sambil masak kita berzikir. Alhamdulillah harap dapatlah pahala ku untuk menyahut seruan Agama memperbanyakkan makanan bersih halal dan suci. Hati2 ya dengan jem nenas kat luar sana..

BISKUT MAKMUR
50 pcs
RM 24

Hmmm! makmurlah sesiapa yang memakannya. he he. Biskut makmur ini antara kegemaran ku sangat-sangat. Berbeza tau dari yang lain. Kenapa ya? sebab ada resepi rahsia belajar dari adik chef yang tak lokek ilmu untuk menyedapkan lagi biskut makmur. Bukan saja minyak sapi tapi sedikit butter terpilih dan susu tepung menyebabkan kelainannya. Teknik membulatkannya pun kena pandai juga, kalau tak kena gayanya bila dibakar memang tak sedap. Tak rapuh & rasa lemau.


BISKUT CORNFLAKES CRACKERS
50 pcs
RM 17

Biskut ini kalau sesiapa makan semua kata sedap. Penuh dengan Cornflakes & ada kuaci untuk kelainannya. Sangat rapuh dan memang lekalah kalau dah start makan. Tak boleh berhenti. Tak rugilah kalau nak mencuba merasanya.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Perak (Daging)

Biskut Raya 2012