Tempahan pelanggan raya 2011

Tahun ini berpuasa alhamdulillah dapat dilalui dengan sebaik-baiknya. Nawaitu pada awal2 rejab lagi nak buat yang terbaik dan merebut sepuluh malam terakhir tercapai jua. Namun liku2 dalam mengharungi ujian dunia tidak dapat juga dielakkan. Anak lelaki bujang yang akan menghadapi pmr pada tahun ini tidak begitu bersungguh-sungguh belajar. Terlalu taksub dengan games. Benar-benar menguji hati ku dan suami, terkilan yang amat sangat. Itulah yang menjadikan antaranya dorongan untuk ku melakukan dan berdoa dengan bersungguh-sungguh, mengharapkan Yang Esa mengabulkan permintaan aku sebagai ibu yang mengandungkan, melahirkan dan membesarkan.




Jualan biskut pada tahun ini pada awalnya juga tidak memberansangkan sangat. Aku dah kecut perut sebab dan invest beberapa ribu membeli bahan-bahan biskut dan butter. Tetapi alhamdulillah bila dah masuk minggu ketiga berpuasa telefon di rumah dan sms di handphone tidak berhenti-henti. Sampai terpaksa menolak beberapa tempahan kerana masa yang terlalu suntuk.























TERIMA KASIH



ISTIMEWA UNTUK EJEN-EJEN YANG MEMASARKAN DAN MENGAMBIL ORDER SERTA PELANGGAN-PELANGGAN BARU (YANG TERUJA DENGAN PRODUK KAMI) SERTA PELANGGAN-PELANGGAN LAMA (YANG SETIA DENGAN PRODUK KAMI)



SALAH SILAP & SEGALA KEKURANGAN AMPUN & MAAF DIPINTA

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Perak (Daging)

Biskut Raya 2012