Anugerah seorang anak

Cuti sekolah kembali lagi.Bagaimana seorang ibu yang bijak perlu mengatur yang terbaik untuk anak-anaknya. Sebagai isteri aku wajib memikul amanah ini dengan sebaik-baiknya. Sepertimana firman Allah iaitu :


Ya Tuhan kami, anugerahkanlah untuk kami isteri-isteri dan anak keturunan kami yang menjadi penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa”. (QS. Al-Furqan: 75)


Aku sebagai anak sendiri pun wajib untukku memikul tanggungjawab sebagai seorang anak kalimah doa inilah yang tidak pernah lekang dibibir ku setiap kali selepas solat dan terlintas dihati ku untuk ku hadiahkan kepada insan yang paling aku sayang.
Maksudnya : Ya Allah! Ampunilah bagiku segala dosaku dan juga dosa dua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.





Perkara ini telah ku ajukan pada suami tersayang, alhamdulillah suami ku menyokong apa yang ku lakukan untuk anak-anak. Telah ku tinjau program-program motivasi yang boleh menambah ilmu baru pada mereka. Tetapi akhirnya satu kata putus telah ku buat. Aku sendiri yang akan melatih & memotivasikan mereka dengan cara ku sendiri.


Malam tadi hari Jumaat 27hb. Mei 2011 pertemuan diadakan setelah kami solat berjemaah. Mukhlis Zikri anak lelaki tunggal ku baru sahaja balik berjemaah di surau taman kami. Suami tiada lagi outstation ke Kuala Selangor. Sebenarnya aku bimbang melepaskan suami pergi bersendirian memandangkan beliau demam tetapi kita hanya merancang Allah jua yang menentukan. Tawakal dan berserah pada Allah yang menjaganya.


Agenda perbincangan ku ialah :


1. Solat berjemaah pada tiap waktu solat

2. Membaca surah AlWaqiah selepas solat subuh

3. Membahagikan tugas kerja-kerja rumah secara giliran

4. Dibenarkan menonton tv (tv memang duk sorok tepi katil selama ni)

5. Dibenarkan bermain komputer selama 2 jam seorang (syarat-diperhatikan)

6. Hafazan & Membaca AlQuran selepas solat maghrib


Alhamdulillah anak-anakku bersetuju. Pada hari ini, untuk hari pertama mereka memberikan yang terbaik untuk ku. Syukurlah, semuga Allah memberikan kekuatan untuk ku terus berjuang mendidik anak ku seperti Saidina Fatimah yang tidak gentar dalam membantu ayahdanya serta Saidina Ali yang penuh berhemah dalam menangani apa jua ujian yang datang.









Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Perak (Daging)

Biskut Raya 2012