Minggu ini adalah minggu yang teramat 'busy' sesangat, dengan menyiapkan tempahan kuih oleh kawan yang baru buka tapak berniaga. Maka dari jam 6 pagi ayu akan bertungkus lumus menyiapkan 6 jenis kuih tapi sikit2 dulu untuk perkenalan produk kuih ayu ini. Berkongsi dengan kawan yang jual air soya & taufu fah di Taming Jaya , Balakong. Cheras. Alhamdulillah so far dah 5 hari respond makin hari semakin bertambah jualan. Ikutkan hati dah nak mula patah semangat, tapi kawan bagi peransang supaya teruskan dalam 3 bulan. Insyaallah diharap Allah bagi kekuatan. Malam tadi rakan usrah jam 12.30 tgh mlm sms order 50 pulut panggang & 50 lolichoc untuk birthday anaknya Aishah. Alhamdulillah dapat disiapkan jam 3 ptg esoknya dengan pertolongan anakku Najwa Nur Hajidah tapi mesti diberikan komisen jugalah jawapnya. Tak palah bagi semangat & peransang
Rendang Pedas Perak (Daging)
Rendang Pedas ini kesukaan anak-anakku.Adikku kak ngah selalu puji katanya rendang yang aku masak sedap. Oleh kerana suka sangat masakan ku, kak ngah sanggup keluar duit belanja minta aku masakkan rendang ayam untuk 'open house' rumahnya hari raya aidil fitri baru-baru ini.Terima kasih, kak ngah tahun depan orderlah lagi dari yong ini, bolehlah simpan duit sikit-sikit hajat hati nak sangat buat umrah dengan kak ngah insyaallah. Yong doakan bisnes kak ngah akan lebih berjaya, dapat projek besar2.Bolehlah yong tumpang senang. Amin. Bahan-bahannya 1 kg daging 15 ulas bawang kecil merah 2 titik serai 2 inci halia 2 inci lengkuas 2 biji kelapa (diambil santan) 3 sudu besar kerisik 1 helai daun kunyit 4 sudu besar cili boh cara Daging dipotong kecil bawang merah, lengkuas, serai halia, cili boh diblender bersama hingga lumat Sediakan kuali yang sederhana besar, masukkan daging dan semua bahan yang diblender.Masukkan santan dan sedikit kunyit (untuk dapatkan warna menarik pada rendang
Comments