Kek Pisang Coklat Rice

Pagi-pagi teringin pula nak makan kek pisang, baru teringat ada kawan baik makan sepinggan tidur sebantal Azian Alias rakan sekolah masa di Sek Men Raja Perempuan Kelsom, Kuala Kangsar bagi resepi ini. So ayu pun nak cubalah.


Resepi ini dipelajari dari Chef Azimah kalau ada rakan-rakan nak add di facebook boleh add Azimah cooking class.Puan Azimah seorang wanita yang amat feminin lemah lembut, banyak ilmu dan tidak kedekut berkongsi tips dan ilmu resepi lain. Ayu sendiri ada attend kelas Frozen Food di Yummie Bake, Bangi bersama dengannya.



Loyang 8 inci - Harga RM10





Program usrah di rumah Kak Mala malam ini , ayu bawakan.Naqibah iaitu Kak Yan minta resepi, so ayu kongsikan bersama dengan kawan-kawan di sini .....tak sempat nak bake just call me for order...


Resepi Kek Pisang Coklat Rice


Bahan-bahannya


Pisang 300gm (sebarang pisang, tapi ayu guna pisang berangan mahal harganya rm3 sekilo)
Tepung gandum 250gm
Soda bikarbonat 1 st
Telor 3 biji
Gula Kastor 1 cawan
coklat rice 100 gm
minyak 1 cawan


cara-caranya


Blend Telor, minyak & gula.Dah kembang gaulkan bersama tepung gandum & soda bikarbonat (diayak) dengan coklat rice

dibakar dengan suhu 180 c 45minit

ayu gunan loyang bingka

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Perak (Daging)

Biskut Raya 2012