Posts

Showing posts from November 14, 2010

Tasbih dan Zikir

Image
Sebenarnya sejak kecil aku memang suka sangat masak.Tak tahulah kenapa, mungkin sebab aku anak yang sulung atau sebab aku 'perempuan melayu terakhir' kut (cewah!!! perasanlah pulok!).Aku ingat lagi kerana terlalu suka makan kek, sewaktu umur ku 9 tahun dah pandai masak kek sendiri tapi aku telah besarkan api hingga hangus menyebabkan emak aku melenting marah.Manataknya disebabkan hangus, aku sorang yang makan. Kelakornya!.Lepas form 3 hajat hati nak masuk sekolah vakasional nak ambil course bakery tapi entah mamat mana yang memang admire sakan kat aku bila dengar aku ambil borang terus dia pun terhegeh-hegeh sama (cerita lama, hubby ku sayang jangan jealous lak!) terus aku tak jadi.Lepas spm pula aku dapat offer bidang perhotelan di ITM (sekarang UITM) tapi arwah bapa aku tak bagi sebab takut nanti syubahat belajar hidang air arak ( wallahualam, aku pun tak tahu mana arwah bapa aku dapat sumber ini).Tapi sebagai anak yang tak mahu derhaka pada bapanya aku akur. At last sekarang

Rendang Pedas Perak (Daging)

Image
Rendang Pedas ini kesukaan anak-anakku.Adikku kak ngah selalu puji katanya rendang yang aku masak sedap. Oleh kerana suka sangat masakan ku, kak ngah sanggup keluar duit belanja minta aku masakkan rendang ayam untuk 'open house' rumahnya hari raya aidil fitri baru-baru ini.Terima kasih, kak ngah tahun depan orderlah lagi dari yong ini, bolehlah simpan duit sikit-sikit hajat hati nak sangat buat umrah dengan kak ngah insyaallah. Yong doakan bisnes kak ngah akan lebih berjaya, dapat projek besar2.Bolehlah yong tumpang senang. Amin. Bahan-bahannya 1 kg daging 15 ulas bawang kecil merah 2 titik serai 2 inci halia 2 inci lengkuas 2 biji kelapa (diambil santan) 3 sudu besar kerisik 1 helai daun kunyit 4 sudu besar cili boh cara Daging dipotong kecil bawang merah, lengkuas, serai halia, cili boh diblender bersama hingga lumat Sediakan kuali yang sederhana besar, masukkan daging dan semua bahan yang diblender.Masukkan santan dan sedikit kunyit (untuk dapatkan warna menarik pada rendang

Chocholate Oreo with Edible Image

Image
Hari ini, aku nak kongsi buat coklat dengan tampalan gambar edible image.Kos untuk buat coklat ini 'not bad' lah juga. tambahan pula lepas raya puasa ini semua barang dalam kedai bakery naik. coklat beryl's yang selalu aku beli harganya RM 11.50 tapi dah naik ke RM12.90. Ada juga yang guna jenama selbourn (kalau tak silap spellingnya) lagi mahal harganya tapi cepat beku kata kawan tak perlu masuk dalam fridge. Sebenarnya aku tak pernah attend course untuk buat choc.ini sebab kedekut duit kut, tak juga yang sebenarnya tak cukup modal.Boleh tahanlah harganya dalam rate RM250 tapi berbaloi-baloi banyak tips & ilmu coklat yang dipelajari. So untuk ibu2 seperti sahabat aku Azian Alias yang letih dengan rayuan anaknya kerana kempunan tak puas makan dengan choc yang dibelinya dari aku maka aku berkongsi resepi dengan anda semua. Berbelanjalah lebih sikit dan buatlah sendiri untuk anak2 dan suami supaya mereka akan ingat anda bila anda tua esok bahawa ibunya walau susah macaman

Talam Cendol & Seri Muka Pandan

Image
Talam Cendol & Seri Muka Pandan 4 kotak kuih talam ini di order oleh sahabat niaga ku Fazlin yang tinggal di Jenaris, Kajang untuk tetamu kateringnya di TM Telekom.Thanks lin, Harga sekotak cuma RM25 ada 56 potong. Lemak dan sedap Pesanan boleh dibuat melalui email @ telefon terus 3 hari sebelum diambil.

Hidangan Hari ke 2 Hari Raya Aidil Adha 2010

Image
MAKARONI BAKAR Bahan-bahannya : I bungkus makaroni (500gm) 1 tin kecil tomato puree (lebih kurang 5 sudu makan) 1 sudu besar cili boh 1 sudu besar sos tiram 2 sudu besar sos cili 2 sudu besar sos tomato 5 ulas bawang merah 3 ulas bawang putih Fish ball (ikut suka nak letak ayam,udang ke @ daging) 5 biji telor ayam 100gm cheese (ikut suka,nak sedap banyak pun tak apa) daun sup/bawang bawang goreng oregano Cara : Rebuskan makaroni hingga lembut. Toskan dan letak tepi. Tumiskan dalam kuali bawang merah, bawang putih hingga naik bau. Masukkan cili boh hingga garing & naik minyak baru masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato. Masukkan pula sedikit garam & gula. Kemudian masukkan makaroni & fish ball Goreng & gaul sebati macam masak mee goreng. Dah samarata masukkan dalam tray macam dalam gambar atas, ratakan. Letakkan telor yang telah dipukul dan taburkan cheese serta oregano. Masukkan dalam oven dengan s

Hari Raya Aidil Adha 2010

Hari ini tak tahulah dah 2 kali aku cuba update blog bila nak posting tiba-tiba hilang. Huh! betul2 menguji kesabaran aku ni. Sebenarnya dah lama aku tak update blog ini.Sibuk kena siapkan tempahan dan melayan anak-anak yang akan menghadapi peperiksaan akhir tahun.Sebagai ibu itulah tugas yang perlu aku lakukan dengan terbaik. Sempena dengan Hari Aidil Adha yang ke2 ini ingin aku kongsikan bersama artikel yang ku pinjam dari blog yang selalu aku singgah demi melepaskan rindu pada bumi Mekah yang pernah kukunjungi tahun lepas sebagai tetamu Allah. "One young academically excellent person went to apply for a managerial position in a big company. He passed the first interview; the director did the last interview, made the last decision. The director discovered from the CV, that the youth's academic result is excellent all the way, from the secondary school until the postgraduate research, never has a year he did not score. The director asked, "Did you obtain any scholarship