Tasbih dan Zikir

Sebenarnya sejak kecil aku memang suka sangat masak.Tak tahulah kenapa, mungkin sebab aku anak yang sulung atau sebab aku 'perempuan melayu terakhir' kut (cewah!!! perasanlah pulok!).Aku ingat lagi kerana terlalu suka makan kek, sewaktu umur ku 9 tahun dah pandai masak kek sendiri tapi aku telah besarkan api hingga hangus menyebabkan emak aku melenting marah.Manataknya disebabkan hangus, aku sorang yang makan. Kelakornya!.Lepas form 3 hajat hati nak masuk sekolah vakasional nak ambil course bakery tapi entah mamat mana yang memang admire sakan kat aku bila dengar aku ambil borang terus dia pun terhegeh-hegeh sama (cerita lama, hubby ku sayang jangan jealous lak!) terus aku tak jadi.Lepas spm pula aku dapat offer bidang perhotelan di ITM (sekarang UITM) tapi arwah bapa aku tak bagi sebab takut nanti syubahat belajar hidang air arak ( wallahualam, aku pun tak tahu mana arwah bapa aku dapat sumber ini).Tapi sebagai anak yang tak mahu derhaka pada bapanya aku akur. At last sekarang aku tercapailah juga cita-cita dengan menjadi isteri dan umi pada anak-anak. So inilah kerja ku Chef lantikan sepanjang hayat.

Apa yang ingin ku kongsikan disini ialah setiap kali masak sentiasalah berzikir dengan nama-nama Allah dan kalimah Allah. Sesungguh makanan yang dimasak oleh air tangan kita sendiri akan mengalir disetiap urat nadi anak-anakku. Sekiranya baik makanan yang dihidangkan makan baiklah jadi anak kita begitu juga sebaliknya. Dan masakan kita jugalah tarikan dan pengikat kasih sayang antara kita dan suami serta anak-anak.Wallahualam






Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Perak (Daging)

Biskut Raya 2012