Cake Chocholate Moist

Ini adalah diantara tiga biji kek coklat moist yang diorder oleh Puan Solehah untuk majlis kenduri kahwin anak lelakinya.




kek choc. moist disalut dengan badam bakar





kek coklat moist yang ini special sikit sebab ianya dikukus jadi rasanya memang ummmph! sebab terlalu moist sangat!!



close up!




Kek Coklat Moist





Bahan-bahannya


1 cawan serbuk koko

1 cawan gula pasir

1 cawan susu cair

1 cawan minyak masak (saya gantikan dengan butter cair lagi sedap)

1.2 cawan susu manis

1 and 1/4 cawan tepung gandum

1 tsp baking powder

1 tsp soda bikarbonate

3 biji telor



cara


Campur koko, gula, susu cair, susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut. Tutup api biarkan aduanan suam. Tepung, soda bikarbonat dan baking powder diayak. Telur dipukul kembang dan dicampur dengan campuran koko tadi. Gaul rata dan campur tepung. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti aduanan naik.(tuang 1/2 acuan je). Tutup acuan dengan aluminium foil agar tidak masuk wap. Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejukkan.

*tips : untuk acuan 9 inci saya , adunan saya doublekan.tapi kalau buat 4 adunan akan dapat 3 kek.




Sila order harga cuma RM40

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Perak (Daging)

Biskut Raya 2012