Mengapa Produk Makanan Islam Mahal..?

Ni satu pertanyaan yang selalu bermain di kepala sebelum menceburi dunia bisnes.

Biasanya kalau nak beli makanan buatan Islam, harganya mahal berbanding makanan yang tak tahu halal-haramnya. Tak percaya cari la snek biskut buatan Islam. Jauh beza harganya. Patutnya jika betul berniaga nak membantu masyarakat Islam, juallah harga yang murah barulah tak berkira untuk membelinya.

Kemudian, bila dah mula buat kuih sendiri, baru lah sedar. Banyak lagi kerja yang perlu dilakukan oleh Umat Islam. Ekonomi kita masih dipegang oleh bukan Islam. Korporat Islam pula sibuk berniaga dalam bidang yang mudah memperolehi keuntungan.

Bila bahan mentah asas dipegang oleh bukan Muslim, maka peniaga kecil terpaksa mendapatkan bahan mentah dengan harga yang mahal. Jauh berbeza dengan pembuat biskut Khong Guan, Ping Pong dan entah apa-apa lagi pembuat makanan bukan Islam dimana mereka mendapatkan bahan mentah yang murah.

Jadi selagi tiada ahli korporat yang berani dan ikhlas melabur dalam perniagaan berasaskan makanan seperti bahan mentah, snek dan biskut, selagi itulah kita akan mendapati harga makanan Islam adalah mahal.

Namun, biarlah ianya mahal asalkan yang murah tapi tidak halal itu tidak menjadi darah daging kita.

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Perak (Daging)

Biskut Raya 2012