Mengapa Bisnes Makanan ?

Dalam banyak-banyak peluang bisnes, saya memilih bisnes makanan. Mengapa yerr....??
Kalau dilihat dalam dunia globalisasi sekarang, berbagai bisnes boleh dilakukan. Ada yang buat MultiLevel, ada berniaga kain baju, ada berniaga insuran, ada berniaga froozen food. Macam-macam perniagaan dilakukan.

Berniaga makanan pula banyak pula pecahannya. Ada berniaga goreng pisang, berniaga nasi lemak, kuih-muih, tom yam...ishh...banyaknya makanan.

Lalu orang pun bertanya, mengapa kau pilih berniaga makanan macam ni ?. Maruku..??

Berniaga adalah cabang bidang muamalah yang berada dalam sistem Islam yang syumul. Tujuan muamalah adalah dapat membantu menyediakan keperluan kepada masyarakat. Selaras dengan Islam yang menjadi rahmatan lil alamin.

Mari kita lihat dan berbicara secara jujur, berapa banyak produk makanan keluaran muslim yang halal dan suci berada di pasaran. Bila kita berbelanja di Giant, Carrefour, Tesco dsbnya, perasaan ragu-ragu selalu timbul bila ingin membeli makanan seperti maruku, roti, snek dan biskut. Walhal itulah yang menjadi kunyahan kita setiap hari.

Makanan yang haram akan menyebabkan sukarnya hati kita mendekati Allah. Malah diancam oleh Rasulullah dengan sabdanya " Setiap yang haram tempatnya neraka".

Lantas saya berfikir, inilah sumbangan yang dapat dilakukan kepada masyarakat Islam.

Jadi, marilah kita turut serta menyediakan produk makanan yang benar-benar suci dan halal. Dan amanahlah kerana sabda Rasulullah " Peniaga yang amanah akan bersamaku di syurga".

Comments

Popular posts from this blog

Rendang Pedas Perak (Daging)

Biskut Raya 2012